Monday, April 27, 2009

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2009




Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa SK Guntong telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2009 seperti butiran di bawah:

Tarikh : 24 – 25 April 2009
Hari : Jumaat - Sabtu
Tempat : Lata Belatan, Besut, Terengganu.


Pihak Jawatankuasa UPSR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Tuesday, April 14, 2009

Monday, April 13, 2009

Program NILAM





SK Guntong telah melaksanakan program NILAM pada 11 April 2009 (Sabtu). Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semua warga SKG telah melibatkan diri dengan jayanya dalam program tersebut.

Friday, April 10, 2009

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH SETIU 2009

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Setiu telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 08 April 2009
Hari : Rabu
Tempat : SK Banggol, Setiu, Terengganu

Sukacita dimaklumkan bahawa peserta dari SK Guntong iaitu adik Nik Nur Syamimi Bt Ramli - Tahun 3
yang mewakili Zon Setiu Selatan telah berjaya MENJUARI kategori Tahap 1.

Tahniah diucapkan kepada adik Nik Nur Syamimi Bt Ramli dan guru-guru pembimbing terutamanya Cikgu Zuzaina, Cikgu Zuraini dan Cikgu Nik Kamaruzzaman yang telah bertungkus lumus melatih dan membimbing adik Nik Nur Syamimi.

Wednesday, April 8, 2009

MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2009




Sukacita dimaklumkan bahawa satu program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2009 telah diadakan seperti butiran berikut:


Tarikh : 08 April 2009

Hari : Rabu

Tempat : Dewan SKG

Penceramah Jemputan : Ustaz Othman Bin Abd. Latif (Pejabat Agama Daerah Setiu)


Pihak penganjur iaitu Jawatankuasa UPSR 2009 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Sunday, April 5, 2009

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON SETIU SELATAN



Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Zon Setiu Selatan telah diadakan pada 05 April 2009 bertempat di SK Guntong Luar. Berikut adalah keputusan peserta SK Guntong :

Tahap 1 : Johan (Nik Nur Syamimi Bt Ramli - Tahun 3)

Tahap 2 : Naib Johan ( Nur Diyana Nabilah Bt Mohd Sabri - Tahun 4)

Tahniah diucapkan kepada peserta dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diatas kejayaan tersebut.

Friday, April 3, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 25 TAHUN 2009




Satu Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 25 telah diadakan pada 03 April 2009 (Jumaat). Mesyuarat PIBG ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Suhaimi Bin Zakaria, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Setiu.