Tuesday, June 1, 2010

Gambar Majlis Persaraan Cikgu M.Mustafar





Majlis Persaraan Cikgu M.Mustafar (GPK Ko)






JASAMU DI KENANG,PERGINYA SEORANG GURU / Cikgu YANG SUKAR DICARI GANTI..KAMI WARGA SKG MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA.

Pada 31 Mei 2010 telah diadakan majlis meraikan persaraan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu M.Mustafar Md. Noor yang telah tamat tempoh perkhidmatan dalam bidang pendidikan (bersara awal atas pilihan sendiri). Majlis turut dihadiri oleh wakil PPD Setiu, YDP PIBG,dan seluruh warga SK Guntong.

Majlis telah di mulakan dengan ucapan daripada wakil murid, Tuan Guru Besar,YDP PIBG, dan wakil PPD Setiu.Selesai ucapan dan persembahan murid ,majlis penyampaian cenderahati sebagai tanda ingatan daripada murid SKG, para guru,staff dan PIBG telah diadakan.

Sebelum berpisah, Cikgu M.Mustafar telah di iringi dengan bunga manggar sambil bersalaman dengan murid dan dibawa menaiki kereta untuk pulang ke rumah beliau di Kg. Bintang sambil diiringi oleh wakil warga SKG.

Gambar Sambutan Hari Guru 2010