Tuesday, September 29, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri







Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Guntong telah diadakan pada 29.09.2009 (Selasa). Majlis ini diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi warga SKG dengan ibu bapa dan penduduk setempat.

Antara menu utama dalah nasi dagang dan kueh mueh yang telah dibawa oleh murid-murid dan warga SKG. Pihak Jawatankuasa Majlis Sambutan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin....

Friday, August 7, 2009

Analisa Percubaan UPSR 2009

Analisa Percubaan UPSR 2009





Selamat Datang Guru Besar Baru..Cikgu Abdullah Ab. Razak




Satu majlis sambutan guru besar yang baru telah di buat pada 26 Julai 2009. Cikgu Abdullah Ab. Razak telah dilantik untuk menjawat jawatan Guru Besar di SKG pada 01 Julai 2009. Beliau sebelum ini adalah GPK HEM di SK Kg Buloh. Beliau berbesar hati dengan sambutan yang telah dibuat oleh pihak SKG.

Majlis Perpisahan Guru Besar..Puan Kamsaini Bt Ismail




Satu Majlis Perpisahan Guru Besar , Pn. Kamsaini Binti Ismail telah diadakan pada 14 Julai 2009. Majlis ini telah diuruskan oleh Kelab Guru SKG dengan kerjasama PIBG sekolah. Puan Kamsaini telah ditukarkan ke sekolah di Daerah Kemaman berdekatan dengan rumah beliau. Beliau berterima kasih kepada semua guru kerana telah memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang beliau bertugas sebagai guru besar di SKG. Selamat bertugas di tempat baru kepada Pn. Kamsaini.

Friday, July 10, 2009

Spelling Competition




SK Guntong telah menyertai Spelling Competition peringkat Daerah Setiu sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 21 Jun 2009
Tempat : SK Mangkok
Peserta : 1. MUHAMMAD ZULHILMI B JAWAHIL (5 Arif)
2. NUR AIN NAJIHA BT MOHD HASHIM ( 5 Arif)
3. NADIA AZWA BT SHAAINI (4 Arif)

Keputusan : MUHAMMAD ZULHILMI B JAWAHIL (5 Arif) - Tempat Kedua

Thursday, July 9, 2009

KEM UPSR 2009 PERINGKAT ZON SETIU SELATAN

Kem UPSR 2009 peringkat Zon Setiu Selatan telah diadakan seperti berikut:
Tarikh : 7 - 11 JULAI 2009 (Khmais - Sabtu)
Tempat : SK Kg Buloh
Seramai 10 orang murid tahun 6 telah terpilih iaitu 3 lelaki dan 7 perempuan.
Diharapkan semua murid yang terlibat mendapat manafaat dari kem tersebut.

PROGRAM SEHARI BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SBP (PEMBIMBING RAKAN SEBAYA)






Pada 01 Julai 2009 yang lepas SK Guntong telah terpilih menjadi salah sebuah sekolah di Daerah Setiu yang terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh.

Program bersama calon UPSR 2009 bermula dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur terutama guru pengiring mereka iaitu Cikgu Dianie nabila (SMTMFP) dan Cikgu Mahmod (SMS Pasir Puteh).

Tuesday, June 16, 2009

Pertukaran Guru_ Jun 2009



Seramai dua orang guru SKG bertukar ke sekolah baru di Daerah Besut.
Mereka ialah :
i. Cikgu Sayadi @ Saidi Bin Awang (GPK Hem)
ii. Cikgu Syarifah Zuraini Binti Syed Akil

Terima kasih di atas segala sumbangan mereka berdua dalam memajukan SKG sepanjang perkhidmatan mereka.

Selamat datang diucapkan kepada cikgu yang baru berpindah ke SKG.
Mereka ialah :
i. Cikgu Muhamad Kama (GPK Hem)
ii. Cikgu Norbaya

Saturday, May 30, 2009

KURSUS LDP 2009

Kursus LDP 2009 (LADAP) telah diadakan seperti berikut:

Nama Kursus : Kursus PERASA
Tarikh : 30 Mei 2009 (SABTU)
Tempat : Dewan PPD Setiu
Peserta : SK Guntong, SK Guntong Luar & SK Fikri (Pantai)

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus tersebut.

Sekian, wassalam.

Wednesday, May 20, 2009

HARI GURU 2009







SK Guntong telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 18 Mei 2009 (Isnin)yang lepas.

ATURCARA MAJLIS:

7:45 pagi = (Acara Dewan)
Perhimpunan Pagi
Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Selamat Sultan
Nyanyian Lagu Sekolah
Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia
Bacaan Perutusan Hari Guru
# Acara Simbolik Penghargaan Jasa Guru
( pengawas beri hadiah kepada guru)

9:00 pagi = (Acara Padang)
Acara 1 : Isi Air Ke dalam Botol (guna span)
Acara 2 : Bowling Padang – buah kelapa
Acara 3 : Baling Pundi Kacang Ke Dalam Bakul

Acara Khas : Sambut Belon Berisi Air (Berpasangan)


10:30 - 11:00 pg = REHAT


11:00 pagi = (Acara Dewan)
# Persembahan Murid
# Persembahan Guru – (Bebas) Individu
# Persembahan Guru Perempuan
# Persembahan Guru Lelaki
# Penyampaian Hadiah

12:45 tghari = Majlis Di Jangka Tamat



JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Guru Besar
(Pn. Kamsaini Bt Ismail)
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Ko-Kurikulum
(En. M. Mustafar Bin Md. Noor)
Setiausaha : Pengerusi Jawatankuasa Sambutan / Perayaan
(Pn. Nubailah Binti Abdul Rahim )
Bendahari : En. Alias Bin Saiyed Hamid

SENARAI JAWATAN KUASA KECIL
1. PERSIAPAN TEMPAT
EN. ZULKIFLI BIN DRAMAN
USTAZ ABDUL HADI BIN JUSOH
EN. NAZARUDIN BIN NAWI
SEMUA PEKERJA SWASTA

2. SIARAYA
EN. SHAAINI BIN MD JUMAAT
USTAZ MOHD AL AMIN BIN MOHD FADZIR

3. KAWALAN MURID
EN. AB RAHMAN BIN AHMAT
EN. SAYADI @ SAIDI BIN AWANG
EN. MOHD HARISSULHA BIN ISMAIL
USTAZ RAJA MAHMOOD BIN RAJA SULAIMAN

4. PENGACARA MAJLIS
EN. NIK KAMARUZZAMAN BIN NIK MAT (Acara Dewan)
EN. MOHD AFIAH BIN DERAMAN (Acara Padang)


5. HADIAH
Acara Simbolik : PN. ZUZAINA BINTI SAMSUDIN
Acara Sukaneka : PN. NURDIANA NG ABDULLAH
USTAZAH ZULFAIZAL BT AB GHAFAR
SHARIFAH NORASHIKIN BT SYED HASAN
USTAZAH ZAITUN BT MAT SULAIMAN
EN. SAMSUDIN BIN MAT AMIN
PN. FATIMAH BT ISHAK
CIK SITI NOR BT YUSOFF

6. BUKU PROGRAM
EN. ALIAS BIN SAIYED HAMID
EN. IMRAN BIN MAT ALI

7. PERALATAN & ACARA PADANG
Acara 1 : Isi Air Ke dalam Botol (guna span) : SHARIFAH ZURAINI BT SYED AKIL
Acara 2 : Bowling Padang – buah kelapa : EN. MOHD AFIAH BIN DERAMAN
Acara 3 : Baling Pundi Kacang Ke Dalam Bakul : PN. AZURA BT MAT HASSAN
Acara Khas : Sambut Belon Berisi Air (Berpasangan) : EN. MOHD SABRI BIN MAT JAYA

8. JAMUAN
PN. NAAIMAH BT HAMZAH (Ketua)
PN. ZALEHA BT MAT NOOR
USTAZAH NORIDAH BINTI SAID
USTAZAH SUZINAZLIN BT JUNOH

9. PERSEMBAHAN
Murid : PN. ZURAINI BT. RAMLAN
Guru : PN. NUBAILAH BT ABDUL RAHIM

Monday, April 27, 2009

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2009




Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa SK Guntong telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2009 seperti butiran di bawah:

Tarikh : 24 – 25 April 2009
Hari : Jumaat - Sabtu
Tempat : Lata Belatan, Besut, Terengganu.


Pihak Jawatankuasa UPSR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Tuesday, April 14, 2009

Monday, April 13, 2009

Program NILAM





SK Guntong telah melaksanakan program NILAM pada 11 April 2009 (Sabtu). Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semua warga SKG telah melibatkan diri dengan jayanya dalam program tersebut.

Friday, April 10, 2009

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH SETIU 2009

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Setiu telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 08 April 2009
Hari : Rabu
Tempat : SK Banggol, Setiu, Terengganu

Sukacita dimaklumkan bahawa peserta dari SK Guntong iaitu adik Nik Nur Syamimi Bt Ramli - Tahun 3
yang mewakili Zon Setiu Selatan telah berjaya MENJUARI kategori Tahap 1.

Tahniah diucapkan kepada adik Nik Nur Syamimi Bt Ramli dan guru-guru pembimbing terutamanya Cikgu Zuzaina, Cikgu Zuraini dan Cikgu Nik Kamaruzzaman yang telah bertungkus lumus melatih dan membimbing adik Nik Nur Syamimi.

Wednesday, April 8, 2009

MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2009




Sukacita dimaklumkan bahawa satu program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2009 telah diadakan seperti butiran berikut:


Tarikh : 08 April 2009

Hari : Rabu

Tempat : Dewan SKG

Penceramah Jemputan : Ustaz Othman Bin Abd. Latif (Pejabat Agama Daerah Setiu)


Pihak penganjur iaitu Jawatankuasa UPSR 2009 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.