Monday, July 26, 2010

Sunday, July 25, 2010

Kem Kecemerlangan UPSR 2010

Kem Kecemerlangan UPSR 2010 telah diadakan pada 22 hingga 24 Julai 2010. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang telah terlibat dalam menjayakan kem tersebut.

Monday, July 12, 2010

Majlis Solat Hajat

MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT KECEMERLANGAN UPSR 2010


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan
Majlis Sembahyang Hajat Kecemerlangan UPSR 2010 seperti butiran berikut:

Tarikh : 12.07. 2010
Hari : Isnin
Masa : Bermula 7.00 malam
Tempat : Surau SK Guntong

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengharapkan agar
pihak tuan/puan dapat menghadirkan diri untuk majlis tersebut.
Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan majlis ini amat dihargai.

ATUR CARA MAJLIS :


MASA ATUR CARA
7:00 malam Hadirin tiba di surau sekolah


• Solat Maghrib
• Bacaan Surah Yasin
• Solat Hajat
• Solat Isyak

Majlis Temu Murni Bersama Ibu Bapa Penjaga
Jamuan Ringan

Tuesday, June 1, 2010

Gambar Majlis Persaraan Cikgu M.Mustafar





Majlis Persaraan Cikgu M.Mustafar (GPK Ko)






JASAMU DI KENANG,PERGINYA SEORANG GURU / Cikgu YANG SUKAR DICARI GANTI..KAMI WARGA SKG MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA.

Pada 31 Mei 2010 telah diadakan majlis meraikan persaraan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu M.Mustafar Md. Noor yang telah tamat tempoh perkhidmatan dalam bidang pendidikan (bersara awal atas pilihan sendiri). Majlis turut dihadiri oleh wakil PPD Setiu, YDP PIBG,dan seluruh warga SK Guntong.

Majlis telah di mulakan dengan ucapan daripada wakil murid, Tuan Guru Besar,YDP PIBG, dan wakil PPD Setiu.Selesai ucapan dan persembahan murid ,majlis penyampaian cenderahati sebagai tanda ingatan daripada murid SKG, para guru,staff dan PIBG telah diadakan.

Sebelum berpisah, Cikgu M.Mustafar telah di iringi dengan bunga manggar sambil bersalaman dengan murid dan dibawa menaiki kereta untuk pulang ke rumah beliau di Kg. Bintang sambil diiringi oleh wakil warga SKG.

Gambar Sambutan Hari Guru 2010



Thursday, May 6, 2010

Kejohanan Badminton MSSM Setiu 2010



Kejohanan Badminton MSSM Setiu 2010 telah diadakan pada 25 hingga 27 April 2010 bertempat di dewan Sekolah Menengah Agama Setiu. Pasukan Badminton SK Guntong telah menghantar peserta lelaki dan perempuan dalam kejohanan tersebut.

PERSEORANGAN LELAKI BAWAH 12 TAHUN

BIL NAMA PEMAIN
1 MUHAMMAD HAFIZA B HANAFFI
2 MUHAMAD FADZIR B SHAARI



BERGU LELAKI BAWAH 12 TAHUN

BIL NAMA PEMAIN
1 MUHAMMAD ZULHILMI B JAWAHIL
ASROL HANIF BIN AZMAN




PERSEORANGAN PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN

BIL NAMA PEMAIN
1 NIK NURUL ANIS IZAYU BT RUDIHANI
2 SOFIA DASIRA BT DELI



BERGU PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN

BIL NAMA PEMAIN
1 NORRUL AINI BT MOHD ALWI
ROS SYAKILA BT MOHAMAD


KEPUTUSAN:
NIK NURUL ANIS IZAYU BT RUDIHANI - Tempat Ketiga / Separuh Akhir

Thursday, April 29, 2010

Tuesday, April 20, 2010

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN / UPSR 2010




SK Guntong telah berjaya mengadakan satu Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pendidikan seperti butiran di bawah:


Tarikh : 19 April 2010 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Guntong
Penceramah : Dr. (H) Wan Rozeb W. Salleh
(UMMI Motivation Training & Consultant)


Program ini melibatkan semua murid tahap dua dan ibu bapa / penjaga mereka. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.

Tuesday, April 6, 2010

PROGRAM SMART ENGLISH

SK Guntong telah menyertai Program Smart English Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2010 yang diadakan di SK Lembah Jaya (untuk Zon Setiu Selatan dan Zon Setiu Utara). Program ini diadakan pada 06 April 2010.

Peserta SK Guntong adalah seperti berikut :


LEVEL A:

1 MUHAMMAD ZULHILMI B JAWAHIL Year 6
2 NUR AIN NAJIHA BT MOHD HASHIM Year 6


LEVEL B:

1 NADIA AZWA BT SHAAINI Year 5
2 NUR DIYANA NABILAH BT MOHD SABRI Year 5


LEVEL C:

1 NIK NUR SYAMIMI BINTI RAMLI Year 4
2 SAIDATUL NUR ARINA BT SAIDI Year 4

Wednesday, March 10, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM SETIU 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM SETIU 2010

SK Guntong telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga MSSM Setiu kali ke 19 yang diadakan pada 8 hingga 11 Mac 2010 bertempat di SMK Saujana.

Monday, March 8, 2010

Maulidur Rasul 1431H (album2)

Maulidur Rasul 1431H

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H peringkat SK Guntong telah diadakan pada 08 Mac 2010 (Isnin). Majlis sambutan ini dibuat secara besar-besaran dan turut disertai oleh PIBG dan penduduk setempat. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yangn terlibat dalam menjayakan majlis sambutan ini.

Pesta Buku Terengganu 2010

Lawatan Ke Pesta Buku Terengganu 2010

Sekolah Kebangsaan Guntong telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Terengganu 2010 pada 01 Mac 2010 (Isnin) yang lepas. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 39 orang murid yang terdiri dari murid tahun 6 dan tahun 5. Seramai 5 orang guru iaitu Cikgu Nik Kamaruzzaman, Cikgu Mohd Kama (PK HEM), Cikgu Alias , Cikgu Zuzaina dan Ustazah Noridah telah turut serta dalam lawatan tersebut. Semoga lawatan ini dapat mencapai objektif yang disasarkan.

Monday, February 22, 2010

Sunday, February 21, 2010

CERAMAH MOTIVASI



Sukacita dimaklumkan bahawa SK Guntong telah berjaya mengadakan satu program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2010 seperti butiran berikut:

Tarikh : 21 Februari 2010
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SKG

Ceramah ini telah disampaikan oleh Perunding Motivasi (Saujana Motivasi Enterprise), En. Kamarudin Bin Kasim .

Thursday, February 18, 2010

Majlis Temu Murni Bersama Ibu Bapa / Penjaga Calon-Calon UPSR 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Guntong telah mengadakan satu perjumpaan temu murni bersama ibu bapa / penjaga kepada murid-murid tahun 6 seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Februari 2010
Hari : Rabu
Masa : 11:30 pagi
Tempat : Makmal Komputer SKG

Friday, February 5, 2010

Album Merentas Desa2

Larian Merentas Desa



Larian Merentas Desa SK Guntong 2010 telah berjaya diadakan pada hari Khamis, 04 Februari 2010 yang lepas. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB En. Abd Halim Bin Jusoh, ADUN Kawasan Permaisuri.

Tuesday, January 26, 2010

PETA LARIAN MERENTAS DESA


Larian Merentas Desa SK Guntong 2010 akan diadakan pada 04 Februari 2010 (Khamis).

Wednesday, January 20, 2010

Majlis Asyura






Majlis Asyura peringkat SK Guntong telah diadakan pada 12hb. Januari 2010 (Selasa). Majlis ini dibuat dengan kerjasama PIBG dan penduduk setempat. Sebanyak 5 kawah asyura telah dapat dimasak dan diagihkan kepada murid-murid dan warga SK Guntung serta penduduk setempat.

Sempena majlis asyura juga diadakan satu majlis ceramah yang disampaikan oleh para ustaz dan ustazah SKG. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Panitia Agama Islam dan semua warga SKG yang telah dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.