Sunday, October 10, 2010

PENDAFTARAN KELAS PRASEKOLAH TAHUN 2011

Kepada,

IBU BAPA YANG BERKENAAN,
KG. GUNTONG DALAM /
KG. CHE MOHID /
KG. PADANG JEJAWI
22040 SETIU, TERENGGANU.

Tuan/Puan,

PENDAFTARAN KELAS PRASEKOLAH TAHUN 2011

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa program pendidikan prasekolah akan diteruskan/dimulakan pada sesi persekolahan tahun 2011 dan kelas akan bermula pada awal Januari 2011.

2. Sehubungan dengan itu, ibu bapa /penjaga yang masih belum mendaftarkan anak jagaan masing-masing diharap dapat mengambil tindakan segera. Tarikh tamat pendaftaran pada 31 Oktober 2010.

2. Ibu bapa/ penjaga dikehendaki membawa salinan surat beranak anak dan mengisi
borang pendaftaran yang boleh diperolehi di pejabat sekolah.

3. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan”


Saya yang menurut perintah,



( ABDULLAH B. AB RAZAK )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Guntong
22040 Setiu,Terengganu

No comments:

Post a Comment