Friday, November 5, 2010

IBADAH KORBAN & AQIQAH

IBADAH KORBAN
Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang
sangat digalakkan di dalam Islam,
khususnya bagi mereka yang
berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat
korban telah disyariatkan oleh Allah pada
tahun kedua Hijrah.
Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya kami (Allah) telah
memberi engkau (wahai Muhamad)
kebaikan yang banyak. Maka
Sembahyanglah* engkau kerana Tuhanmu
dan sembelihlah (korbanmu)”.
(Surah Al-Kautsar Ayat 1-2).
* Sembahyang yang dimaksudkan di dalam ayat di
atas ialah sembahyang sunat hari raya korban ( Aidil
Adha).

Hukum
Hukumnya Sunat Muakkad(dituntut).
Adapun bagi mereka yang bernazar,
hukumnya wajib. Bagi mereka yang
berkemampuan Makruh meninggalkan
amalan ini.
Wajib hukumnya kepada Rasulullah
berdasarkan hadis: “Diwajibkan ke atas ku
melaksanakan ibadat korban namun ia
merupakan satu amalan sunat bagi kamu”.
(Riwayat Imam Tirmizi)

Maksud Korban:-
Menyembelih binatang ternakan yang
terdiri daripada unta, lembu, kambing dan
kibas yang sampai umur* pada hari raya
korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah
selepas sembahyang sehingga gelincir
matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13
Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri
kepada Allah.
*Umur binatang yang boleh dikorbankan:-
􀀹 Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian.
􀀹 Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7
bahagian.
􀀹 Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian.
􀀹 Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian.
٭ Ditegah berkorban dengan binatang yang
cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan
terlalu kurus.
Sunat-sunat ketika menyembelih binatang
korban:-
1. Membaca Basmalah
2. Selawat ke atas nabi
3. Menghadap kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah
korban itu.
Nota:
a) Daging korban yang diniat nazar oleh
orang yang bernazar, hendaklah di
sedekahkan semuanya.
b) 1/3 daripada daging korban sunat boleh
dimakan oleh mereka yang berkorban dan
selebihnya disedekahkan kepada fakir
miskin, boleh juga disedekahkan kepada
orang kaya mengikut mazhab Syafie..
Mereka yang melakukan ibadat korban
disunatkan menyaksikan penyembelihan
binatang korban tersebut seperti mana sabda
Rasulullah maksudnya:
“Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korban
mu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan
darahnya yang pertama itu pengampun bagi
mu atas dosa-dosa yang telah lalu”.
(Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).
# Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban
tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat
korban.
# Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya
Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan
bagi mereka yang melaksanakan korban
untuk menyembelih sendiri binatang korban
tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan
bagi mereka untuk menyaksikan
penyembelihan itu.



AQIQAH
Maksudnya ialah menyembelih kambing
atau binatang ternakan seperti biri-biri,
kibas untuk anak yang baru lahir khususnya
pada hari yang ketujuh kelahirannya atau
selewat-lewatnya sebelum baligh.

Hukumnya sunat muakkad.

Antara dalilnya ialah Hadis Rasulullah
s.a.w.:
Dari Samirah, katanya Rasulullah s.a.w.
telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan
dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya
pada hari ketujuhnya, diberi nama dan
dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Syarat-syarat Aqiqah
a) Dari sudut umur binatang Aqiqah &
korban sama sahaja.
b) Sembelihan aqiqah dipotong
mengikut sendinya dengan tidak
memecahkan tulang sesuai dengan
tujuan aqiqah itu sebagai “Fida’”
(mempertalikan ikatan diri anak
dengan Allah swt).
c) Sunat dimasak dan diagih atau
dijamu fakir dan miskin, ahli
keluarga, jiran tetangga dan saudara
mara. Berbeza dengan daging
korban, sunat diagihkan daging yang
belum dimasak.
d) Anak lelaki disunatkan aqiqah
dengan dua ekor kambing dan
seekor untuk anak perempuan
kerana mengikut sunnah Rasulullah.
‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:
Maksudnya: "Afdhal bagi anak lelaki dua
ekor kambing yang sama keadaannya dan
bagi anak perempuan seekor kambing.
Dipotong anggota-anggota (binatang) dan
jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Bila tempoh aqiqah?
Disunatkan melakukan aqiqah pada hari
ketujuh kelahiran anak, sebagaimana yang
terkandung di dalam hadis riwayat al-
Baihaqi dari Aisyah.
Berikut ini adalah beberapa pendapat
ulamak mengenainya:
Kata Imam al-Rafi’i dan selainnya, aqiqah
tidak luput (kesunnahannya) sebab habis
tempoh tujuh hari.
Al-Mawardi pula berkata, bahawa aqiqah
selepas hari ketujuh dianggap sebagai
qadhak.
Al-Syairazi berkata di dalam al-Muhazzab,
jika melakukan aqiqah selepas hari ketujuh
atau sebelumnya, iaitu selepas kelahiran
anak, maka itu sudah memadai
(dibolehkan). Dan tidak boleh melakukan
aqiqah sebelum kelahiran anak.
Imam al-Nawawi berkata, tidak luput
kesunahan aqiqah dengan melewatkannya
melebihi tujuh hari, tetapi disunatkan tidak
melewatkannya sehingga anak itu mencecah
usia balig

No comments:

Post a Comment