Monday, February 22, 2010

Sunday, February 21, 2010

CERAMAH MOTIVASI



Sukacita dimaklumkan bahawa SK Guntong telah berjaya mengadakan satu program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2010 seperti butiran berikut:

Tarikh : 21 Februari 2010
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SKG

Ceramah ini telah disampaikan oleh Perunding Motivasi (Saujana Motivasi Enterprise), En. Kamarudin Bin Kasim .

Thursday, February 18, 2010

Majlis Temu Murni Bersama Ibu Bapa / Penjaga Calon-Calon UPSR 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Guntong telah mengadakan satu perjumpaan temu murni bersama ibu bapa / penjaga kepada murid-murid tahun 6 seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Februari 2010
Hari : Rabu
Masa : 11:30 pagi
Tempat : Makmal Komputer SKG

Friday, February 5, 2010

Album Merentas Desa2

Larian Merentas Desa



Larian Merentas Desa SK Guntong 2010 telah berjaya diadakan pada hari Khamis, 04 Februari 2010 yang lepas. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB En. Abd Halim Bin Jusoh, ADUN Kawasan Permaisuri.

Tuesday, January 26, 2010

PETA LARIAN MERENTAS DESA


Larian Merentas Desa SK Guntong 2010 akan diadakan pada 04 Februari 2010 (Khamis).

Wednesday, January 20, 2010

Majlis Asyura






Majlis Asyura peringkat SK Guntong telah diadakan pada 12hb. Januari 2010 (Selasa). Majlis ini dibuat dengan kerjasama PIBG dan penduduk setempat. Sebanyak 5 kawah asyura telah dapat dimasak dan diagihkan kepada murid-murid dan warga SK Guntung serta penduduk setempat.

Sempena majlis asyura juga diadakan satu majlis ceramah yang disampaikan oleh para ustaz dan ustazah SKG. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Panitia Agama Islam dan semua warga SKG yang telah dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Friday, November 20, 2009

WAJAH-WAJAH 5A (6 orang) & 4A1B (2 orang)

KEPUTUSAN UPSR 2009






KEPUTUSAN UPSR 2009 TELAH DIUMUMKAN PADA 19.11.2009 (KHAMIS).
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MURID YANG MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.

Wednesday, November 11, 2009

TAKLIMAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 (TAHUN 2010) OLEH SMK GUNTONG




Pihak SMK Guntong telah mengadakan satu taklimat ringkas mengenai kemasukan ke Tingkatan 1 seperti butiran di bawah :

Tarikh : 11.11.2009(Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SK Guntong

Pihak SKG mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Guntong dalam menjayakan program tersebut.

PROGRAM SETENGAH HARI KESIHATAN AWAL REMAJA KEPADA LEPASAN UPSR 2009 (CERAMAH DAN PAMERAN KESIHATAN)





Sukacita dimaklumkan pihak sekolah telah berjaya menganjurkan Program Setengah Hari Kesihatan Awal Remaja Kepada Lepasan UPSR 2009

Program ini diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 10 November 2009 (Selasa)
Masa : 8:00 pagi hingga 12:45 tgh
Tempat : Makmal Komputer , SK Guntong
Aturcara : a) Ceramah Awal Remaja
b) Pameran Kesihatan
c) Pemeriksaan Kesihatan

Bilangan Murid Tahun 6 (40 orang)
Lelaki : 23 orang
Perempuan : 17 orang

Saturday, October 31, 2009

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN TERENGGANU KE-V



Seminar Penyelidikan Pendidikan Terengganu ke-V telah diadakan seperti berikut :
Tarikh : 29 - 31 Oktober 2009
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Genting Highland


Cikgu Alias telah terpilih untuk membentangkan Kajian Tindakan beliau di seminar tersebut :


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 6 BIJAK MEMBINA AYAT MUDAH DENGAN STRUKTUR YANG BETUL DALAM BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN FORMULA 3S (SETIU SIMPLE SENTENCE)


Oleh :
ALIAS BIN SAIYED HAMID
Sekolah Kebangsaan Guntong
22040 Setiu, Terengganu.


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid tahun 6 membina ayat mudah mengikut struktur yang betul dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan 16 orang murid dan seorang guru. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat keatas keputusan ujian diagnostik, ujian bulanan, peperiksaan setengah tahun, semakan kerja rumah dan lembaran kerja. Hasil pemerhatian, didapati murid-murid tersebut gagal membuat atau membina ayat mudah. Permasalahan wujud walaupun murid telah menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris melalui Program “Memorising Vocabulary” yang telah dijalankan. Penyelesaian kepada permasalahan ini, pelbagai aktiviti dan latih tubi diberikan bagi mengukuhkan penguasaan murid. Setelah murid-murid menguasai perbendaharaan kata mereka dipandu membina ayat mudah secara berterusan. Pelbagai pendekatan dan kaedah diguna pakai bagi membina asas yang kukuh iaitu ujian pra dan pos, latih tubi dan hafalan formula. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual menunjukkan peningkatan prestasi murid, di samping memberi keyakinan diri dan menarik minat murid-murid. Kebolehan mereka membina ayat pendek dan mudah membolehkan murid-murid lebih berkeyakinan mempelajari Bahasa Inggeris. Daripada analisa kajian, didapati 80% murid yang menyertai kajian ini telah menguasai kemahiran ayat mudah dengan struktur yang betul dalam Bahasa Inggeris.