Saturday, October 31, 2009

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN TERENGGANU KE-V



Seminar Penyelidikan Pendidikan Terengganu ke-V telah diadakan seperti berikut :
Tarikh : 29 - 31 Oktober 2009
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Genting Highland


Cikgu Alias telah terpilih untuk membentangkan Kajian Tindakan beliau di seminar tersebut :


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 6 BIJAK MEMBINA AYAT MUDAH DENGAN STRUKTUR YANG BETUL DALAM BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN FORMULA 3S (SETIU SIMPLE SENTENCE)


Oleh :
ALIAS BIN SAIYED HAMID
Sekolah Kebangsaan Guntong
22040 Setiu, Terengganu.


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid tahun 6 membina ayat mudah mengikut struktur yang betul dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan 16 orang murid dan seorang guru. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat keatas keputusan ujian diagnostik, ujian bulanan, peperiksaan setengah tahun, semakan kerja rumah dan lembaran kerja. Hasil pemerhatian, didapati murid-murid tersebut gagal membuat atau membina ayat mudah. Permasalahan wujud walaupun murid telah menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris melalui Program “Memorising Vocabulary” yang telah dijalankan. Penyelesaian kepada permasalahan ini, pelbagai aktiviti dan latih tubi diberikan bagi mengukuhkan penguasaan murid. Setelah murid-murid menguasai perbendaharaan kata mereka dipandu membina ayat mudah secara berterusan. Pelbagai pendekatan dan kaedah diguna pakai bagi membina asas yang kukuh iaitu ujian pra dan pos, latih tubi dan hafalan formula. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual menunjukkan peningkatan prestasi murid, di samping memberi keyakinan diri dan menarik minat murid-murid. Kebolehan mereka membina ayat pendek dan mudah membolehkan murid-murid lebih berkeyakinan mempelajari Bahasa Inggeris. Daripada analisa kajian, didapati 80% murid yang menyertai kajian ini telah menguasai kemahiran ayat mudah dengan struktur yang betul dalam Bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment