Wednesday, October 14, 2009

PAINTBALL






Sekolah Kebangsaan Guntong telah dipilih oleh Pusat Ko-Kurikulum untuk menyertai Acara Sukan Paintball 2009 anjuran JPNT dan Pusat Ko-Kurikulum Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 13 Oktober 2009 (SELASA). Seramai 80 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 6 dan murid Tahun 5 telah terpilih dan diiringi oleh 5 orang guru iaitu Cikgu Alias, Ustaz Hadi, Cikgu Nik Kamaruzzaman, Cikgu Zuzaina dan Puan Fatimah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memilih SKG untuk menyertai program ini. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Shaaini yang telah banyak membantu SKG dalam program ini. Tanpa jasa baik beliau tidak mungkin program ini berjalan lancar. Wassalam.

No comments:

Post a Comment