Saturday, October 31, 2009

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN TERENGGANU KE-V



Seminar Penyelidikan Pendidikan Terengganu ke-V telah diadakan seperti berikut :
Tarikh : 29 - 31 Oktober 2009
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Genting Highland


Cikgu Alias telah terpilih untuk membentangkan Kajian Tindakan beliau di seminar tersebut :


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 6 BIJAK MEMBINA AYAT MUDAH DENGAN STRUKTUR YANG BETUL DALAM BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN FORMULA 3S (SETIU SIMPLE SENTENCE)


Oleh :
ALIAS BIN SAIYED HAMID
Sekolah Kebangsaan Guntong
22040 Setiu, Terengganu.


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid tahun 6 membina ayat mudah mengikut struktur yang betul dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan 16 orang murid dan seorang guru. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat keatas keputusan ujian diagnostik, ujian bulanan, peperiksaan setengah tahun, semakan kerja rumah dan lembaran kerja. Hasil pemerhatian, didapati murid-murid tersebut gagal membuat atau membina ayat mudah. Permasalahan wujud walaupun murid telah menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris melalui Program “Memorising Vocabulary” yang telah dijalankan. Penyelesaian kepada permasalahan ini, pelbagai aktiviti dan latih tubi diberikan bagi mengukuhkan penguasaan murid. Setelah murid-murid menguasai perbendaharaan kata mereka dipandu membina ayat mudah secara berterusan. Pelbagai pendekatan dan kaedah diguna pakai bagi membina asas yang kukuh iaitu ujian pra dan pos, latih tubi dan hafalan formula. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual menunjukkan peningkatan prestasi murid, di samping memberi keyakinan diri dan menarik minat murid-murid. Kebolehan mereka membina ayat pendek dan mudah membolehkan murid-murid lebih berkeyakinan mempelajari Bahasa Inggeris. Daripada analisa kajian, didapati 80% murid yang menyertai kajian ini telah menguasai kemahiran ayat mudah dengan struktur yang betul dalam Bahasa Inggeris.

Wednesday, October 14, 2009

Pesta Sukaneka 2009





Pesta Sukaneka 2009





PESTA SUKANEKA 2009






PESTA SUKANEKA SKG TAHUN 2009
Tarikh : 14 Oktober 2009
Hari : Rabu
Tempat : Padang SKG


JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Guru Besar (En. Abdullah Bin Ab. Razak)
Pengerusi : Penolong Kanan Ko-Kurikulum ( En. M. Mustafar Bin Md. Noor)
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (En. Ab. Rahman Bin Ahmat)
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan HEM (En. Mohd Kama Bin Embung)
Setiausaha : En. Mohd Sabri Bin Mat Jaya
Bendahari : Pn. Zuraini Binti Ramlan


SENARAI JAWATAN KUASA KECIL
1. PERSIAPAN TEMPAT/ PADANG
En. MOHD. SABRI BIN MAT JAYA
SEMUA PEKERJA SWASTA
2. SIARAYA
EN. SHAAINI BIN MD JUMAAT
USTAZ MOHD AL AMIN BIN MOHD FADZIR
3. KAWALAN MURID/ KESELAMATAN
SEMUA GURU RUMAH SUKAN
4. URUSETIA/ PENGACARA MAJLIS
EN. ALIAS BIN SAIYED HAMID
EN. MOHD AFIAH BIN DERAMAN
5. HADIAH
PN. NURDIANA NG ABDULLAH
USTAZAH ZULFAIZAL BT AB GHAFAR
SHARIFAH NORASHIKIN BT SYED HASAN
USTAZAH ZAITUN BT MAT SULAIMAN
PN. ZALEHA BINTI MAT NOOR
PN. NUBAILAH BT ABDUL RAHIM
EN. SAMSUDIN BIN MAT AMIN
PN. FATIMAH BT ISHAK
CIK SITI NOR BT YUSOFF
6. BUKU PROGRAM/ STATISTIK
EN. IMRAN BIN MAT ALI
EN. NAZARUDIN BIN NAWI
7. PERALATAN
EN. MOHD HARISSULHA BIN ISMAIL
USTAZ ABDUL HADI BIN JUSOH
USTAZ RAJA MAHMOOD BIN RAJA SULAIMAN
SEMUA PEKERJA
8. JAMUAN
PN. NAAIMAH BT HAMZAH (Ketua)
PN. ZUZAINA BINTI SAMSUDIN
USTAZAH NORIDAH BINTI SAID
USTAZAH SUZINAZLIN BT JUNOH
PN. NORBAYA BINTI JUSOH @ YUSOF / GURU GANTI
PN. SITI RAIHANA BINTI ISMAIL
9. HAKIM/ PENGADIL
EN. MOHD SABRI BIN MAT JAYA
TN. HJ. NIK KAMARUZZAMAN BIN NIK MAT
BELIA KG GUNTONG DALAM

PAINTBALL





PAINTBALL






Sekolah Kebangsaan Guntong telah dipilih oleh Pusat Ko-Kurikulum untuk menyertai Acara Sukan Paintball 2009 anjuran JPNT dan Pusat Ko-Kurikulum Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 13 Oktober 2009 (SELASA). Seramai 80 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 6 dan murid Tahun 5 telah terpilih dan diiringi oleh 5 orang guru iaitu Cikgu Alias, Ustaz Hadi, Cikgu Nik Kamaruzzaman, Cikgu Zuzaina dan Puan Fatimah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memilih SKG untuk menyertai program ini. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Shaaini yang telah banyak membantu SKG dalam program ini. Tanpa jasa baik beliau tidak mungkin program ini berjalan lancar. Wassalam.

Tuesday, September 29, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri







Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Guntong telah diadakan pada 29.09.2009 (Selasa). Majlis ini diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi warga SKG dengan ibu bapa dan penduduk setempat.

Antara menu utama dalah nasi dagang dan kueh mueh yang telah dibawa oleh murid-murid dan warga SKG. Pihak Jawatankuasa Majlis Sambutan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin....

Friday, August 7, 2009

Analisa Percubaan UPSR 2009

Analisa Percubaan UPSR 2009





Selamat Datang Guru Besar Baru..Cikgu Abdullah Ab. Razak




Satu majlis sambutan guru besar yang baru telah di buat pada 26 Julai 2009. Cikgu Abdullah Ab. Razak telah dilantik untuk menjawat jawatan Guru Besar di SKG pada 01 Julai 2009. Beliau sebelum ini adalah GPK HEM di SK Kg Buloh. Beliau berbesar hati dengan sambutan yang telah dibuat oleh pihak SKG.

Majlis Perpisahan Guru Besar..Puan Kamsaini Bt Ismail




Satu Majlis Perpisahan Guru Besar , Pn. Kamsaini Binti Ismail telah diadakan pada 14 Julai 2009. Majlis ini telah diuruskan oleh Kelab Guru SKG dengan kerjasama PIBG sekolah. Puan Kamsaini telah ditukarkan ke sekolah di Daerah Kemaman berdekatan dengan rumah beliau. Beliau berterima kasih kepada semua guru kerana telah memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang beliau bertugas sebagai guru besar di SKG. Selamat bertugas di tempat baru kepada Pn. Kamsaini.

Friday, July 10, 2009

Spelling Competition




SK Guntong telah menyertai Spelling Competition peringkat Daerah Setiu sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 21 Jun 2009
Tempat : SK Mangkok
Peserta : 1. MUHAMMAD ZULHILMI B JAWAHIL (5 Arif)
2. NUR AIN NAJIHA BT MOHD HASHIM ( 5 Arif)
3. NADIA AZWA BT SHAAINI (4 Arif)

Keputusan : MUHAMMAD ZULHILMI B JAWAHIL (5 Arif) - Tempat Kedua

Thursday, July 9, 2009

KEM UPSR 2009 PERINGKAT ZON SETIU SELATAN

Kem UPSR 2009 peringkat Zon Setiu Selatan telah diadakan seperti berikut:
Tarikh : 7 - 11 JULAI 2009 (Khmais - Sabtu)
Tempat : SK Kg Buloh
Seramai 10 orang murid tahun 6 telah terpilih iaitu 3 lelaki dan 7 perempuan.
Diharapkan semua murid yang terlibat mendapat manafaat dari kem tersebut.

PROGRAM SEHARI BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SBP (PEMBIMBING RAKAN SEBAYA)






Pada 01 Julai 2009 yang lepas SK Guntong telah terpilih menjadi salah sebuah sekolah di Daerah Setiu yang terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh.

Program bersama calon UPSR 2009 bermula dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur terutama guru pengiring mereka iaitu Cikgu Dianie nabila (SMTMFP) dan Cikgu Mahmod (SMS Pasir Puteh).